Saturday, December 10, 2011

FRASA ADJEKTIF


1.  PENDAHULUAN

Frasa ialah kumpulan perkataan yang membentuk unit ayat. Satu perkataan boleh menjadi satu frasa apabila dapat berdiri sendiri dan menduduki fungsi salah satu unsur utama binaan ayat. Selain itu, Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.


2. FRASA ADJEKTIF
           
Predikat dalam Bahasa Melayu boleh terdiri daripada frasa adjektif. Adjektif ialah kelas kata yang dapat didampingi oleh kata penguat  seperti lebih, amat, sangat dan mendampangi kata nama sebagai penerang dalam binaan frasa nama. Frasa adjektif boleh terdiri daripada sepatah kata atau lebih. Menurut Nik Safiah Karim etal, (1993;385) menyatakan bahawa konsep frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai intinya. Justeru itu frasa adjektif boleh terdiri daripada sepatah kata adjektif atau dua kata adjektif yang mendukun fungsi predikat ayat. Contohnya;

Subjek ( FN )                                      Predikat ( FA )
1. Murnirah                                          rajin.
            2. Anak saya                                       masik kecil.
           3. Budak itu                                         kurus kering.
           4. Anak saya                                       terang hati.
           
Berdasarkan contoh diatas dalam ayat (1) dan (2), predikat diisi oleh sepatah kata adjektif yang berfungsi sebagai frasa adjektif. Pada ayat yang ke (3) dan (4) pula ia mengunakan dua kata adjektif untuk membentuk inti frasa adjektif.


Frasa adjektif boleh terbina daripada satu perkataan atau sederetan perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai inti. Frasa adjektif adalah unsur predikat dalam binaan ayat atau sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat, yang hadir selepas kata kerja. Manakala sebagai kata penerang, kata adjektif hadir selepas kata nama.

Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada satu perkataan sahaja adalah seperti malas,muram, dan kosong. Frasa adjektif juga boleh dibahagikan kepada dua golongan.
Kombinasi dua kata adjektif yang menekankan beberapa unsur:
keserasian makna.
 Contoh  : cantik molek, penat lelah makna berlawanan.
 Contoh : baik buruk, kecil besar keindahan bunyi ritma.
 Contoh : lemah longlai, kusut masai
           
Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada kata adjektif sebagai inti dan kata nama sebagai penerang. Ia membawa dua maksud keserupaan.
 Contoh : merah darah , hijau daun kiasan.
 Contoh : panjang tangan, besar kepala

Dalam frasa adjektif, kata penguat boleh hadir dalam beberapa keadaan:
Di hadapan : paling degil, amat bijak
Di belakang : murah sekali, cepat benar
Secara bebas : amat cantik, cantik amat.
Secara berderetan : sungguh berani sekali, belum cerdik lagi

Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif hadir sebagai predikat, sebagai kata keterangan selepas kata kerja dan penerang selepas frasa nama. Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif boleh mengalami susunan songsang.
Contoh :
Rumah Ani amat besar sekali  √† Amat besar sekali rumah Ani




3. Binaan Frasa Adjektif

Inti frasa adjektif boleh terdiri daripada binaan satu  perkataan atau binaan dua perkataan. Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada satu perkataan boleh dalam bentuk kata tunggal, contohnya;> kereta itu besar dan buah rambutan itu banyak. Ia juga boleh manjadi kata terbitan, contohnya;> perasaan Ali gementar dan jam inilah termahal  dan juga boleh menjadi kata ganda, contohnya;> buah langsat itu kecil-kecil dan perangai pemuda itu kebudak-budakan.

Inti frasa adjektif yang berbentuk dua perkataan merupakan hasil penggabungan sinonim (keserasian makna), contohnya;> askar itu gagah berani , gadis-gadis itu cantik jelita , dan dewan peperiksaan itu sunyi sepi. Bagi antonim  (berlawanan makna), contohnya;> permukaan jalan itu tiggi rendah dan kehidupan di rantau oranag penuh pahit manis. Bagi unsur rima pula contohnya;> lelaki itu gemuk gempal, dan tanah di kawasan itu kering kontang.

Gabungan dua kata adjektif seperti gagah berani, sunyi sepi, tinggi rendah, dan lemah gemalai yang terdiri daipada kata adjektif +kata adjektif. Binaan dau kata adjektif yang membawa makna antonym(berlawanan) seperti tinggi rendah, kecil besar dan pahit manis, kedua-duanyatidak boleh digugurkan. Akan tetapi, jika unsur adjektif yang kedua itu membawa makna keserasaian separti, gagah berani, cantik jelita dan sunyi sepi  dan unsure rima seperti gemuk gempal dan kering kontang, maka perkataan yang kedua boleh digugukan.

Selain itu, terdapat pula binaan dua perkataan dala frasa adjektif yang terdiri daripada gabungan kata adjektif + kata nama. Dari segi makana , binaan ini membawa maksud kiasan dan keserupaan. Contoh kaiasan seperti, lelaki itu gila pangkat dan perempuan itu banyak mulut dan bagi keserupaan pula seperti, seluar bapa kuning langsat dan penganting itu malu-malu kucing.

Dalam binaan kata adjektif + kata nama yang membawa makana keserupaan kata seperti dapat diselitkan di antaranya. Misalnya, kuning seperti langsat, jinat seperti merpati, malu seperti kucing.  Namun bagi binaan frasa adjektif yang membawa maksud kiasan tidak boleh digugurkan salah satu perkataan tersebur.  Disampin itu juga , kata adjektif juga sering mengalami perulangan kata seperti contoh di atas dan contoh lain seperti suam-suam kuku, tua-tua keldai, hangat-hangat tahi ayam dan sebagainya.


4. Peluasan Kata Adjektif

Peluasan kata adjektif boleh dibahagi kepada beberapa peluasan iaitu seperti, kata penguat, kata Bantu, frasa sendi nama, dan ayat komplemen.

4.1. Peluasan dengan kata penguat

Peluasan ini ialah kata adjektif menjadi inti frasa yang boleh dipeluasakan dengan kata penguat. Perkara ini berlaku kerana kata penguat merupakan penanda kata adjektif. Jika kata penguat hadir dalam binaan kata adjektif, kata penguata mesti hadil betul-betul sebelum atau selepas kata adjektif. Ada diantara kata penguat terletak dihadapan adjektif atau selepas kata adjekti dan juga ada pula terletak secara bebas.
Contohnya;
            # Baju Irwan paling putih         ( paling ialah penguat hadapan )        
            # Bangunan itu tinggi sekali    ( sekali ialah penguat belakang )
            # Kejadian itu sungguh ajaib   ( sungguh ialah penguat bebas )

4.2.Peluasan Dengan Kata Bantu

Peluasan ini ialah sebagai inti frasa, kata adjektif bolah diperluasa dengan kata Bantu sebelum kata adjektif tersbut. Selain itu, kata bantu seperti, sudah, masih, belum tentu, dan masih belum, boleh hadir berderatan sebelumkata adjektif.
Contohnya;
            # Lelaki itu sudah tua.
            # Budak itu masih nakal.
            # Berita itu belum tentu benar.
            # Kuih itu masih belum masak.

Ini boleh dilihat bahawa kata bantu berada di hadapan kata adjektif jika kata adjektif itu tidak didahului oleh penguat. Sekiranya penguat hadir, maka kata bantu berada sebelum kata penguat tersbut.
Contohnya;
            # Yusmarizal memang paling cantik
            # Ayanman tikat itu mesti amat teliti
            # Soalan latihan itu masih agak susah

4.3. Peluasan Dengan Kata Sendi Nama

Frasa adjektif juga dapat diperluaskan dengan frasa sendi nama di sebelah kanan. Tugan frasa sendi nama ialah ini ialah sebagai keterangan, iaitu berada dalam bahagian keterangan ayat.
Contohnya;
            # Malaysia kaya akan keindahan pantai.
            # Dia tidak sombong dengan saya.
            # Baju ini kurang bersih baju ini. daripada
            # Harga minyak mahal dari dulu.

Frasa adjektif tidak boleh diperluaskan dengan frasa nama. Oleh itu, bentuk frasa adjektif yang berikut adalah tidak gramatis.
Contohnya
            # a) adik suka gula-gula.
               b) adik suka akan gula-gula.
            # a) saya percaya orang itu
               b) saya percaya akan orang itu.

Walau bagaimanapun, frasa sendi tidak diperlukan apabila kata adjektif memperolehi kata nama seperti pelengkap. Hal ini dapat dilihat dalam ungkapan atau perbahasa seperti panjang tangan, gelap mata, rendah hati, dan pendek akal.




4.4. Peluasan Dengan Aayt Komplemen

Farasa adjektif sebagai pelakap dapat dipeluaskan dengan klausa komplemen  bagi membentuk ayat majmuk komplemen. Dalam hal  ini, kata sendi tidak diperlukan  apabila frasa adjektif diperluaskan dengan klausa sebagai pelengkap.
 Contohnya;
               a- Saya yakin akan Ali tidak bersalah
               b- Saya yakin Ali tidak bersalah
               c- Saya yakin bahawa Ali tidak bersalah



5. FUNGSI FRASA ADJEKTIF

Dalam pembinaan ayat, frasa adjektif boleh berfungsi sebagai predakat, pelengkap, perancang, kata keterangan, dan subjet.

5.1. Fungsi Sebagai Perdiket

Farasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat membentuk pola ayat dasa iaitu Frasa Nama + Frasa Adjektif ( FN + FA ).
Contohnya.
            # Beg itu murah.
            # Ibrahim amat pemurah .
            # Perasaannya sentiasa geliasah.

Jika predikat terdiri daripada frasa adjektif panjang, kata pemeri ialah/adalah sering digunakan bagi membatasi subjet dan predikat tersebut.
Contohnya;
            # Tindakan yang diambil terhadap orang tua itu adalah tidak wajar.
            # mereka yamg melakukan perkara itu adalah tidak waras.




5.2. Fungsi Sebagai Pelengkap

Bagi pelengkap pula frasa adjektif boleh menjadi unsure atau alap yang melengkapkan kata kerja tak transetif.
Contohnya;
            # Nenek semakin sehat.
            # Leleki itu bertubuh sasa.
            # Rambut ibu bertambah putih.

5.3. Fungsi Sebagai  Penerang

Frasa adjektif juga boleh hadir sebagai penerang di bahagian belakang iaitu di sebelah kanan kata nama. Dengan ini, kata adjektif akan memberi keterangan yang lebih meluas atau khusus tentang sesuatu frasa nama dalam ayat.
Contohnya;
            # Kucing hitam itu amat cantik.
            # Baju biru itu sangat mahal.
            #  Kerata abang saya kerata baharu.

Jika ada dua kata adjektif selepas kata nama, kata hubung yang digunakan antara dua adjektif tersebut. Umpamanya.
                       
                        * budak kecil
                           Budak kecil yang baik
                       
                        * Kereta lama
                           Kereta lama yang acantik

                        * bangunan tinggi
                           Bangunan tinggi yang  buruk






5.4. Fungsi Sebagai Kata Keterangan

            Farasa adjektif juga dapat berfungsi sebagai kata keterangan ( adverba ) , iaitu selepas frasa kerja.
Contohnya;
            # Bayi itu tido lena.
            # Pendi berjalan cepat-cepat.
            # Burung helang terbang amat tinggi.
            # Yup berusaha dengan kuat.

5.5. Fungsi Sebagai Subjek

Frasa adjektif juga dapat menjadi subjek dalam ayat. Akan tetapi, kata adjektif tersebut mengambil tugas kata nama.
Contohnya;
            # Hitam itu menawan.
            # Kaya belum tentu bahagia.
            # Jelita idaman wanita.
            # Kuat lambvang kelakian.

6. Frasa  adjektif dalam binaan perbandingan

 Frasa adjektif ini boleh digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan, iaitu Darjah biasa, Darjah bandingan dan Darjah penghabisan.

6.1. Darjah baisa
            Darjah ini mengunakan kata adjektif biasa seperti yang dibincangkan di atas.
            Contohnya;
                        # Hidup seniman itu biasa.
                        # Malam ini bulan terang.
                        # Perangai gadis itu baik.

6.2. Darjah bandingan
            Bagin menyatakan darjah bandingan ini dalam bahasa melayu, dua jenis bentuk boleh digunakan, iaitu bandingan yang sama dan bandingan yang berbeza.

            Bandingan yang sama mengunakan kata adjektif dengan awalan -se-  seperti, sebesar, setinggi, sepandai, secantik dan sesedap.
Contoh ayat;
            # Ruamah saya sebesar rumah dia.
            # Gadis itu secantik putri kayangan.
            # Anak saya tidak senakal anak dia.
Binaan dengan awalan –se- ini boleh juga bertukar ganti dengan bentuk sama, iaitu.
Contohnya;
            # sebesar boleh menjadi sama besar dengan.
            # setinggi boleh menjadi sama tinggi dengan.
            # sepandai boleh menjdi sama pandai dengan.

            Bandingan yang berbeza pula ialah menggunakan kata penguat, yang berfungsi sebagai kata bandingan, lebih atau kurang. Sebelum kata adjektif, diikuti pula dengan perkataan daripada,
Contohnya;
            # Rumah saya lebih besar daripada rumah dia.
            # Murid ini kurang pandai daripada murid itu.

6.3. Derjah penghabisan

Dalam bahasa melayu darjah ini dinyatakan dengan menggunakan cara-cara berikut.

            Se + kata adjektif + ganda + kata nama.
Contohnya;     # sepandai-pandai tupai
                        # setinggi-tinggi gunung
                        # secantik-cantik bunga


            Yang + ter + kata adjektif
Contohnya;     # yang terbesar
                        # yang tertinggi
                        # yang terpandai
Binaan yang + ter- + kata adjektif  perlu diikuti oleh perkataan sekali,
 Contohnya;    * terbesar sekali
                        * terpandai sekali
                        * tertinggi sekali

            Paling + kata adjektif
Contohnya;     # paling besar
                        # paling lemah
            Kata adjektif + sekali
Contohnya;     # baik sekali
                        # pendai sekali

Yang + ter + amat @ sangat
Contohnya;     # yang teramat pandai
                        # yang teramat mulai
                        # yang tersangat tinggi
                        # yang tersangat cantik.


7. Kesimpulan

Dalam frasa adjektif kriteria penentuan adjektif yang paling baik ialah penentuan berdasarkan kriteria sintiksis. Dengan melihat fungsinya sebagai penerang atau sebagai perdikat , ia merupakan cirri yang dapat menentukan sesuatu kata itu sebagai  adjektif atau tidak.
Berdasarkan contoh diatas juga, frasa dapat berdiri daripada satu perkataan, dua perkataan dan banyak perkataan. Dalam hubungannya dengan ayat, kita dapat perhatikan bahawa setiap ayat sekurang-kurangnya ada dua frasa. Satu dari frasa itu menjadi benda atau subjek bagi ayat dan satu lagi ialah sebagai cerita atau predikat. 

No comments:

Post a Comment