Kajian Tindakan


TAJUK :


Pengetahuan dan Pengalaman Membantu Penguasaan Kata Kerja
Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah
Mengikut Perspektif Teori Skema.




PENDAHULUAN
Penguasaan aspek kemahiran berbahasa dalam bahasa Melayu meliputi aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Dalam kajian ini penulis menumpukan aspek penguasaan kata kerja yang tergolong dalam bidang sintaksis.Walau bagaimanapun penulis akan cuba menekankan kepentingan aspek semantik dalam penguasaan kata kerja. Bagi tujuan kajian, penulis telah membuat kajian terhadap 30 orang murid Tahun 5 daripada salah sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Sepuluh peratus daripada murid-murid yang dikaji akan dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel kajian penulis.  Kesemua murid yang dipilih terdiri daripada mereka yang mempunyai pencapaian di bawah 50% dalam mata pelajaran Bahasa Melayu semasa Peperiksaan Akhir Tahun, tahun 2011.

PERMASALAHAN KAJIAN
Penulis melakukan kajian dalam bidang ini kerana beberapa faktor berikut :
i.                    Ramai murid boleh membaca tetapi tidak memahami kata kerja yang terkandung  dalam teks.
ii.                  Murid gagal menggunakan semula dengan tepat kata kerja yang terdapat dalam teks apabila guru memberi `latihan mengisi tempat kosong`.
1

iii.                Pengkaji mendapati subjek kajian mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang terhad terhadap perkataan yang diuji oleh guru.

OBJEKTIF
Dalam menyiapkan kajian ini, penulis telah menetapkan dua objektif untuk dicapai pada akhir kajian nanti. Kedua-dua objektif tersebut adalah seperti berikut :
i.                    Mengenalpasti tahap penguasaan kata kerja dalam kalangan subjek kajian.
ii.                  Membuktikan pengetahuan dan pengalaman yang mantap dapat membantu penguasaan kata kerja dalam kalangan subjek kajian.

KAEDAH KAJIAN
Dalam usaha menyiapkan kajian ini, penulis telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan bahan dan maklumat berkaitan dengan tajuk kajian. Antara kaedah kajian yang digunakan oleh penulis adalah seperti berikut :
i.                    Kaedah Pengumpulan Data.
Melalui kaedah ini penulis mengadakan ujian membaca, ujian lisan dan ujian bertulis kepada subjek kajian. Data-data yang diperoleh daripada ujian lisan dan bertulis digunakan sebagai sampel kajian.

2
ii.                  Kaedah Kajian Perpustakaan.
Melalui kaedah ini penulis telah membuat rujukan perpustakaan di Perpustakan Negara Malaysia dan Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kesemua bahan dan maklumat yang diperoleh digunakan oleh penulis untuk menyempurnakan kajian ini.

BATASAN KAJIAN
Bagi menjadikan kajian ini lebih berfokus dan mencapai objektif yang ditetapkan, penulis telah membataskan kajian ini berdasarkan aspek-aspek berikut :
i.                    Kajian ini hanya membabitkan aspek kata kerja sahaja.
ii.                  Subjek kajian terdiri daripada murid-murid Tahun 5 yang berprestasi di bawah 50% semasa Peperiksaan Akhir Tahun, tahun 2011.
iii.                Semua subjek kajian mempunyai kebolehan membaca yang sederhana.
iv.                Faktor jantina, keturunan dan latar belakang keluarga tidak diambil kira dalam kajian ini.

DEFINISI KATA KERJA
Kata kerja dalam Bahasa Melayu digunakan bagi menunjukkan perbuatan atau sesuatu keadaan yang dilakukan sesuatu. Perbuatan adalah aktiviti yang terkandung  dalam perkataan seperti menulis, berlari, berfikir dan tidur. Kata kerja terdiri daripada Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif.
                                                                                                       ( Abdullah Hassan : 172 )
3

METODOLOGI  KAJIAN
Bagi memastikan kajian ini dapat dijalankan dengan sempurna dan terkawal, penulis telah menetapkan metodologi kajian yang akan diaplikasikan kepada semua subjek kajian. Antara metodologi yang harus dilalui oleh semua subjek kajian adalah seperti berikut :
i. UJIAN 1
   Dalam Ujian 1 semua subjek kajian dikehendaki :
a)      Membaca teks secara senyap.
b)      Menyenaraikan 10 kata kerja yang terkandung dalam teks.
c)      Latihan mengisi tempat kosong dengan kata kerja yang betul.
   Penulis akan memilih secara rawak 10 sampel untuk diperiksa. Analisa data dilaksanakan  dan keputusan ujian dirahsiakan.

ii. APLIKASI TEORI SKEMA
    Dalam metodologi yang kedua ini, penulis akan mengadakan sesi mengukuhkan pengetahuan dan `merasai` pengalaman kepada 10 orang subjek kajian yang terpilih. Setiap orang subjek kajian bukan sahaja diberi penerangan tentang maksud kata kerja yang terkandung dalam teks tetapi subjek kajian diberi peluang merasai pengalaman tentang kata kerja yang dipelajari. Misalnya :

4


Kata Kerja
Pengalaman
Bergayut
Murid bergayut pada palang besi di Taman Permainan.
Meniarap
Murid melakukan aksi meniarap di atas lantai dewan.
Bersandar
Murid melakukan aksi bersandar pada kerusi, pokok dan rakan.
Menuntun
Murid menuntun basikal dari bilik ICT ke stor sukan.
Membonceng
Murid membonceng basikal yang ditunggang oleh rakan.
Memecut
Murid melakukan larian pantas untuk memintas rakan.
Meraut
Murid meraut lidi kelapa dengan pisau lipat.
Mengepam
Murid dikehendaki mengepam tayar basikal dan bola.
Merampas
Murid melakukan aksi merampas bola daripada rakan.
Bertutur
Murid melakukan aksi bertutur secara berpasangan.
Jadual 1
Jadual `Merasai Pengalaman` Untuk Mengukuhkan Pengetahuan Subjek Kajian
iii. UJIAN 3
      Dalam Ujian 3 sepuluh subjek kajian yang terpilih dikehendaki :
a)      Membaca sekali lagi teks yang sama secara senyap.
b)      Menyenaraikan semula 10 kata kerja yang terkandung dalam teks.
c)      Latihan mengisi tempat kosong dengan kata kerja yang betul.
   Penulis akan memeriksa semula Ujian 3b dan 3c. . Analisa data dilaksanakan  dan keputusan ujian diumumkan kepada para pelajar tersebut.

5

TEORI  SKEMA
Terminologi teori skema mula digunakan oleh Piaget dalam tahun 1926 dan diperluaskan lagi huraiannya oleh Anderson, seorang ahli psikologi pendidikan pada tahun 1967. Teori pembelajaran ini melihat pengetahuan seseorang individu diorganisaikan sebagai suatu rangkaian struktur mental yang terperinci, bersifat abstrak dan mewakili pemahaman seseorang berkaitan dunia yang luas. Konsep utama dalam teori skema ialah adalah pengalaman dan pengetahuan ditadbir secara semantik.
Menurut Marohaini Yusuf (1999), ”.... pembaca yang tidak memiliki pengalaman yang luas ke atas sesuatu perkara akan menghadapi masalah untuk menggunakan skema yang mereka sedia ada untuk memahami teks yang dibaca”
Teori Skema ini didasari oleh beberapa prinsip pengajaran yang dapat diaplikasikan bagi membantu pelajar memahami perbendaharaan kata dalam proses pembelajarannya. Pertama, mengajar pengetahuan umum dan konsep generik yang terdapat dalam teks. Prinsip pertama ini dapat membantu pelajar melengkapkan pengetahuan mereka tentang sesuatu perbendaharaan kata. Kedua, guru membantu membina skema dan hubungan antara idea dalam teks. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah seperti perbincangan, ilustrasi dan laku aksi. Prinsip kedua ini dapat membantu memberi pengalaman berguna kepada pelajar. Ketiga, pengetahuan terdahulu dapat melicinkan lagi proses memahami maklumat baru. Oleh itu, guru perlu membina pengetahuan asas ataupun mengingatkan pelajar tentang pengetahuan sedia ada mereka.

6
Keempat, skema yang sedia ada atau yang baru diperoleh dapat berkembang dan bertukar menjadi maklumat baru. Kelima, skema yang menetap secara mendalam dalam pemikiran seseorang individu adalah sudah mantap dan sukar diubah. Menurut Anderson (1977)”Skema selalunya diorganisaikan secara bermakna, boleh ditokok tambah, dapat  meningkatkan pengalaman, boleh membina dan memasukkan lebih banyak variasi supaya bersifat lebih spesifik”.

KERANGKA  KONSEP
Penulis membina kerangka konsep untuk menunjukkan secara keseluruhan prosedur kerja kajian ini :




DAPATANAN  KAJIAN
Berdasarkan metodologi yang digunapakai oleh penulis, berikut adalah dapatan kajian yang dapat dikumpul. Data-data yang diperoleh dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf dan huraian agar dapat membantu pemahaman kita tentang dapatan kajian ini.

UJIAN 1 (b)
Kemahiran       : Mengenalpasti kata kerja.
Aktiviti            : Menulis kata kerja dalam borang jawapan yang disediakan.
SKOR ( Bilangan Jawapan Yang Betul )
Subjek
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
A



/






B


/







C



/






D




/





E



/






F




/





G





/




H



/






I




/





J

/









Pencapaian
Sangat Lemah

Lemah

Sederhana

Baik

Cemerlang
1
5
4
-
-
8
Petunjuk :
0  -  2               : Sangat Lemah                                   7  -  8               : Baik
3  -  4               : Lemah                                               9  -  10             : Cemerlang
5  -  6               : Sederhana

Rumusan Ujian 1 (b)
Berdasarkan keputusan Ujian 1 (b), penulis mendapati 60 % subjek kajian berada dalam kumpulan yang dikategorikan tidak dapat mengenalpasti kata kerja dengan tepat. Pendapat penulis disokong oleh data yang diperoleh, yang mana enam orang daripada sepuluh orang subjek kajian mendapat markah  kurang daripada lima. Hanya empat orang subjek kajian yang menunjukkan prestasi sederhana. Tiada seorang pun subjek kajian yang boleh dikategorikan dalam kumpulan `Baik` atau `Cemerlang`.
Keputusan Ujian 1 (b) ini mengukuhkan andaian penulis terhadap permasalahan yang telah disenaraikan  pada peringkat awal kajian. Permasalahan ini nampaknya benar-benar menghalang subjek kajian daripada mencapai keputusan yang baik dalam ujian 1 (b).

9
UJIAN 1 (c)
Kemahiran       : Menggunakan kata kerja.
Aktiviti            : Mengisi tempat kosong dengan kata kerja yang betul.
SKOR ( Bilangan Jawapan Yang Betul )
Subjek
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
A




/





B



/






C



/






D




/





E



/






F




/





G





/




H



/






I





/




J


/








Pencapaian
Sangat Lemah

Lemah

Sederhana

Baik

Cemerlang
-
5
5
-
-
Petunjuk :
0  -  2               : Sangat Lemah                                   7  -  8               : Baik
3  -  4               : Lemah                                               9  -  10             : Cemerlang
5  -  6               : Sederhana

10
Rumusan Ujian 1 (c)
Berdasarkan keputusan Ujian 1 (c), penulis mendapati 50 % subjek kajian berada dalam kumpulan yang dikategorikan tidak menguasai penggunaan kata kerja. Pendapat penulis disokong oleh data yang diperoleh, yang mana lima orang daripada sepuluh orang subjek kajian mendapat markah  kurang daripada lima. Hanya lima orang subjek kajian yang menunjukkan prestasi sederhana. Tiada seorang pun subjek kajian yang boleh dikategorikan dalam kumpulan `Baik` atau `Cemerlang` dalam aspek penggunaan kata kerja.
Keputusan Ujian 1 (c) ini mengukuhkan andaian penulis bahawa permasalahan yang telah disenaraikan  pada peringkat awal kajian sememangnya berlaku ke atas subjek kajian. Permasalahan ini nampaknya benar-benar menghalang subjek kajian daripada mencapai keputusan yang baik dalam ujian 1 (c).
Subjek kajian didapati masih lagi keliru untuk menggunakan kata kerja betul dalam latihan yang diberi. Berdasarkan keputusan di atas, subjek kajian kelihatan seolah-olah mengambil keputusan `asal siap, jadilah`. Tiada kesungguhan yang jitu dalam kalangan subjek kajian kerana skema mereka terhadap kata kerja yang diuji amat terhad.
 Hal ini berlaku mungkin kerana subjek kajian yang berkenaan tidak mempunyai pengetahuan yang mantap dan pengalaman yang kukuh terhadap kata kerja – kata kerja yang diuji oleh penulis.

11

Aplikasi  Teori  Skema
            Dalam sesi ini penulis akan mengadakan sesi mengukuhkan pengetahuan dan `merasai` pengalaman kepada 10 orang subjek kajian tersebut. Setiap orang subjek kajian bukan sahaja diberi penerangan tentang maksud kata kerja yang terkandung dalam teks tetapi subjek kajian diberi peluang merasai pengalaman tentang kata kerja yang dipelajari.Guru juga membantu memantapkan pengetahuan subjek kajian melalui penjelasan yang terperinci tentang perkataan-perkataan tersebut.  Misalnya :

Kata Kerja
Pengalaman
Bergayut
Murid bergayut pada palang besi di Taman Permainan.
Meniarap
Murid melakukan aksi meniarap di atas lantai dewan.
Bersandar
Murid melakukan aksi bersandar pada kerusi, pokok dan rakan.
Menuntun
Murid menuntun basikal dari bilik ICT ke stor sukan.
Membonceng
Murid membonceng basikal yang ditunggang oleh rakan.
Memecut
Murid melakukan larian pantas untuk memintas rakan.
Meraut
Murid meraut lidi kelapa dengan pisau lipat.
Mengepam
Murid dikehendaki mengepam tayar basikal dan bola.
Merampas
Murid melakukan aksi merampas bola daripada rakan.
Bertutur
Murid melakukan aksi bertutur secara berpasangan.
Jadual 2
Jadual `Merasai Pengalaman` Untuk Mengukuhkan Pengetahuan Subjek Kajian

12
Selepas semua subjek kajian `merasai pengalaman` sebenar membuat aksi dan lakuan yang menggambarkan kata kerja-kata kerja yang dipelajari, mereka  diuji untuk melakukan semula aksi bagi memastikan skema yang diperoleh tentang kata kerja yang dipelajari dapat digunakan semula terhadap situasi dan arahan yang betul. Melalui ujian ini, penulis mendapati semua subjek kajian dapat melakukan semula aksi yang dikehendaki dengan tepat. Nampaknya pengetahuan dan pengalaman telah bergabung mantap untuk membentuk skema tentang kata kerja yang dipelajari.
Pada tahap ini penulis masih lagi merahsiakan keputusanUjian 1 (b) dan Ujian 1 (c) daripada pengetahuan subjek kajian. Melalui pemerhatian, penulis mendapati beberapa orang subjek kajian mulai mengeluh terhadap jawapan yang mereka tulis dalam Ujian 1 (c) kerana kini mereka telah mendapat skema yang tepat tentang kata kerja-kata kerja tersebut. Penulis mengambil kesempatan ini untuk terus memberi motivasi dan dorongan kepada subjek kajian terbabit.

13
UJIAN 2 (b)
Kemahiran       : Mengenalpasti kata kerja.
Aktiviti            : Menulis kata kerja dalam borang jawapan yang disediakan.
SKOR ( Bilangan Jawapan Yang Betul )
Subjek
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
A





/




B



/






C




/





D





/




E





/




F






/



G








/

H




/





I






/



J


/








Pencapaian
Sangat Lemah

Lemah

Sederhana

Baik

Cemerlang
-
2
5
2
1
Petunjuk :
0  -  2               : Sangat Lemah                                   7  -  8               : Baik
3  -  4               : Lemah                                               9  -  10             : Cemerlang
5  -  6               : Sederhana

14
Rumusan Ujian 2 (b)
Berdasarkan keputusan Ujian 2 (b), penulis mendapati hanya 20 % subjek kajian berada dalam kumpulan yang dikategorikan tidak dapat mengenalpasti kata kerja dengan tepat. Pendapat penulis disokong oleh data yang diperoleh, yang mana dua orang daripada sepuluh orang subjek kajian mendapat markah  kurang daripada lima. 50 % subjek kajian berada dalam kategori `Sederhana` kerana lima orang subjek kajian mendapat markah antara lima dan enam. Dua puluh peratus subjek kajian yang boleh dikelompokkan dalam kategori `Baik`. Hanya 10 % atau seorang subjek kajian sahaja berada dalam kategori `Cemerlang`.
Keputusan Ujian 2 (b) ini mengukuhkan andaian penulis  permasalahan yang telah disenaraikan  pada peringkat awal kajian dapat diatasi sekiranya subjek kajian didedahkan kepada pengalaman untuk memantapkan pengetahuan mereka tentang sesuatu perbendaharaan kata.
 Aplikasi teori skema  nampaknya benar-benar berjaya meningkatkan pencapaian semua  subjek kajian  dalam ujian 2 (b). Skema mereka tentang kata kerja-kata kerja yang diuji menjadi semakin mantap dan spesifik.

15

UJIAN 2 (c)
Kemahiran       : Menggunakan kata kerja.
Aktiviti            : Mengisi tempat kosong dengan kata kerja yang betul.
SKOR ( Bilangan Jawapan Yang Betul )
Subjek
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
A






/



B





/




C







/


D








/

E





/




F







/


G








/

H




/





I





/




J


/








Pencapaian
Sangat Lemah

Lemah

Sederhana

Baik

Cemerlang
-
1
4
3
2
Petunjuk :
0  -  2               : Sangat Lemah                                   7  -  8               : Baik
3  -  4               : Lemah                                               9  -  10             : Cemerlang
5  -  6               : Sederhana

16
Rumusan Ujian 2 (c)
Berdasarkan keputusan Ujian 2 (c), penulis mendapati hanya 10 % subjek kajian berada dalam kumpulan yang dikategorikan tidak menguasai penggunaan kata kerja. Pendapat penulis disokong oleh data yang diperoleh, yang mana hanya seorang daripada sepuluh orang subjek kajian mendapat markah  kurang daripada lima. Empat  orang subjek kajian atau 40 %  menunjukkan prestasi sederhana. Tiga orang subjek kajian atau 30 %  pula  boleh dikategorikan dalam kumpulan `Baik` kerana mereka mendapat markah antara 5 dan 6 markah. Sementara 20 % atau 2 orang subjek kajian telah mencapai tahap `Cemerlang` dalam aspek penggunaan kata kerja.
Keputusan Ujian 2 (c) ini mengukuhkan andaian penulis bahawa permasalahan yang telah disenaraikan  pada peringkat awal kajian sememangnya boleh diatasi sekiranya prinsip yang dicadangkan dalam teori skema diaplikasikan kepada subjek kajian. Prinsip-prinsip yang dicadangkan dalam teori skema  ini nampaknya benar-benar telah memberi impak yang besar kepada subjek kajian kerana 80 % daripada mereka telah menunjukkan peningkatan bilangan soalan yang dijawab dengan betul dalam Ujian 2 (c).
Subjek kajian didapati telah faham untuk menggunakan kata kerja dengan betul dalam latihan yang diberi. Berdasarkan keputusan di atas, subjek kajian kelihatan penuh keyakinan semasa menjawab soalan dan tidak mengambil keputusan `asal siap, jadilah`.  Kesungguhan yang jitu dalam kalangan subjek kajian kerana skema mereka terhadap kata kerja yang diuji  telah mantap dalam minda masing-masing.
 Hal ini berlaku mungkin kerana  pengetahuan dan pengalaman yang mantap telah bergabung dalam minda mereka dan dapat divariasikan dalam ujian yang dijalankan.

17

PERBANDINGAN  PRESTASI
SUBJEK KAJIAN
( Ujian ( b ) : Menyenaraikan Kata Kerja )


Berdasarkan Graf Perbandingan Prestasi Subjek Kajian di atas, penulis mendapati semua subjek kajian telah menunjukkan satu peningkatan yang amat memuaskan dalam Ujian 2 (b) berbanding Ujian 1 (b).
Peningkatan pencapaian subjek kajian ini berlaku setelah mereka didedahkan untuk `merasai pengalaman` terhadap kata kerja-kata kerja yang hendak diuji.Subjek kajian lebih yakin untuk menyenaraikan kata kerja yang terkandung dalam teks. Penulis juga berpendapat keadaan ini didorong oleh pembentukan skema yang mantap berlandaskan pengetahuan dan pengalaman yang telah dibentuk dalam minda semua subjek kajian.
18
PERBANDINGAN  PRESTASI
SUBJEK KAJIAN
( Ujian ( c ) : Mengisi Tempat Kosong )

Berdasarkan Graf Perbandingan Prestasi Subjek Kajian di atas, penulis mendapati semua subjek kajian telah menunjukkan satu peningkatan yang amat memuaskan dalam Ujian 2 (c) berbanding Ujian 1 (c).
Peningkatan pencapaian subjek kajian ini berlaku setelah mereka didedahkan untuk `merasai pengalaman` terhadap kata kerja-kata kerja yang hendak diuji. Penulis mendapati semua subjek kajian tidak lagi terpinga-pinga mencari jawapan yang sesuai.  Penulis juga berpendapat keadaan ini didorong oleh pembentukan skema yang mantap berlandaskan pengetahuan dan pengalaman seperti yang telah dicadangkan dalam prinsip pengajaran teori skema.

19
KESIMPULAN
Kesimpulannya, berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan, penulis mendapati pada peringkat awal semua subjek kajian mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang kurang terhadap kata kerja yang hendak diuji ke atas mereka. Set skema kata-kata yang ada dalam minda subjek kajian  tidak cukup untuk membolehkan mereka mendapat keputusan yang baik apbila diuji dalam Ujian 1 (b) dan Ujian 1 (c).
Selepas semua subjek kajian diberi pendedahan `merasai pengalaman` terhadap kata kerja-kata kerja yang hendak diuji, penulis mendapati 100 % subjek kajian menunjukkan peningkatan dalam Ujian 2 (b) dan 80 % subjek kajian menunjukkan peningkatan dalam Ujian 2 (c).
Penulis mendapati gabungjalin pengetahuan dan pengalaman dapat membantu meningkatkan penguasaan kata kerja dalam kalangan subjek kajian. Dapatan kajian penulis juga dapat mencapai objektif yang disasarkan iaitu mengenalpasti tahap penguasaan kata kerja dalam kalangan subjek kajian.
Selain itu, kajian ini juga telah dapat membuktikan bahawa konsep dan prinsip Teori Skema yang mengatakan pengetahuan dan pengalaman penting untuk membantu seseorang individu mengorganisasikan skema tentang sesuatu dengan lebih bermakna dan spesifik adalah benar.
Oleh demikian, sekiranya seseorang guru bahasa dapat mengaplikasikan konsep dan prinsip yang dianjurkan dalam teori skema, pelajar-pelajar tidak akan menghadapi masalah yang kronik dalam aspek pemahaman teks, soalan dan arahan.


20

RUJUKAN


Noor Aina Dani, 2007. Pengantar Psikolinguistik. Siri Penataran Bahasa dan Sastera.
            Petaling Jaya : Sasbadi Sdn. Bhd.

Zulkifli Hamid, 2006. Aplikasi Psikolinguistik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
            Bahasa. Siri Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan, 1989. Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya :
            Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdul Aziz Abd Talib, 1995. Jean Piaget dan Teori Perkembangan Bahasa. Jurnal
            Dewan Bahasa  39 (1) : 57-61.

Vijayaletchumy A/P Subramaniam dan Noor Aina Dani, 2000. `Pemerolehan Bahasa
            di Kalangan Kanak-kanak Melayu : Kajian Psikolinguistik`. Monograf Bahasa,
            Sastera dan Budaya Melayu 4, hlm. 26-40.
            

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete